Bekas Pertahanan Manchester United Sertai Al-Nassr
Transfer
Manchester United
Advertisements

Bek kiri Manchester United dan Brazil, Alex Telles semakin hampir menyertai Cristiano Ronaldo di Al-Nassr.

Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan persetujuan lisan telah dicapai antara Red Devils dan Al-Alami berkenaan perpindahan tersebut.

Ia dijangka dimuktamadkan selepas kedua-dua pihak meneliti semua maklumat yang dipersetujui. Al-Nassr berharap dapat memperkenalkan Telles bersama seorang lagi pemain baru mereka dari Perancis, Seko Fofana.

Advertisements

Telles, 30, pernah beraksi untuk FC Porto, Inter Milan, Galatasaray, Gremio, Juventude dan Sevilla. Semasa bersama Sevilla musim lepas, beliau membantu mereka menjulang Liga Europa.

Telles bukan asing dengan Ronaldo kerana pernah menjadi rakan sepasukan di Old Trafford selama semusim.

Advertisements

Perpindahan ini dijangka memberi lebih banyak dana perpindahan kepada pengurus United, Erik ten Hag untuk membentuk pasukan selepas mendapatkan Mason Mount dari Chelsea.

Selain semakin hampir mendapatkan penjaga gol Andre Onana dari Inter, Red Devils juga sedang berusaha mendapatkan penyerang muda Atalanta, Rasmus Hojlund.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram