Bekas Tonggak Berbisa JDT Sertai Kelab Thailand
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas pemain pasukan Johor Darul ta’zim (JDT), Bienvenido Marañón difahamkan membawa haluan baharu untuk menertai sebuah kelab yang berpangkalan di Thailand.

Pemain kelahiran Filipina-Sepanyol itu pernah memperkuat skuad Harimau Selatan pada musim 2021 selepas melengkapkan perpindahan dari kelab liga Filipina, Ceres-Negros FC.

Beliau bagaimanapun lebih banyak memainkan peranan selaku pemain di JDT II tatkala persaingan sengit untuk menembusi skuad utama pasukan.

Advertisements

Marañón pada awal musim ini melengkapkan perpindahan ke kelab liga ketiga Sepanyol, Villarubia CF namun khidmatnya di sana tidak bertahan lama.

Beliau yang pernah beraksi bersma akelab ini pada tahun 2011 hanya diturunkan sebanyak tiga kali dan tidak meledak sebarang gol.

Menerusi perkongsian oleh SNE Sports, penyerang kebangsaan Filipina ini sudah pun mencapai persetujuan untuk menyertai kelab Liga 2 Thailand, Chanthaburi FC.

Advertisements

Sebagai rekod, beliau hanya memperoleh 181 minit selain bergelut untuk mencpai prestasi sebenar.

Pemain berusia 37 tahun itu akan menyertai Chanthaburi FC sebagai kuota pemain ASEAN.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram