Bekas Tonggak Kelantan FC Diangkat Pertahanan Terbaik Di Indonesia
MakanBola
TRW Kelantan FC
Sponsors

Kudrat bekas tonggak penting Kelantan FC kini mula menjadi bibit hangat yang diperkatakan selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik mingguan Liga 1 Indonesia.

Pemain kelahiran Filipina, Christian Rontini pernah bersama kelab Pantai Timur, Kelantan FC bermula pada awal musim 2023 selepas berpindah dari Penang FC.

Ad

Perjalanan karier bintang muda berusia 23 tahun ini berdepan detik tidak menentu selepas pelbagai masalah melanda The Red Warriors.

Ad

Beliau akhirnya angkat kaki dan membawa haluan ke Indonesia dengan menyertai sebuah kelab yang dikenali sebagai Persita Tangerang.

Rontini segera menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu apabila menjadi pilihan utama ketua jurulatih untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by BRI Liga 1 (@liga1match)

Ad

Beliau beraksi dalam dua perlawanan awal bersama Persita dan membantu pasukan untuk meraih 2 mata penting.

Ad

Pengalaman luas beraksi di Itali pada usia muda memberi kelebihan buat pemain ini untuk terus menyinar bersama Persita.

Ketika di Malaysia, beliau beraksi hampir 25 perlawanan selama 2 musim bersama Penang dan Kelantan.