Dunia
Muhaiminizu
Advertisements

Penyerang import The Red Warrior Kelantan FC, Kerven Fils Belfort mengakui pemain muda Kelantan, Muhamin Izuddin bakal menjadi pemain tengah masa depan terbaik Malaysia.

Beliau dilihat sudah mengenal pasti bakat terpendam pemain muda Kelantan ini apabila Muhaimin yang beraksi selama ini menggantikan Belfort tatkala beliau mengalami kecederaan.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Belfort di laman sosial, story Instagram yang diciap oleh Affendy Mohamad di laman sosial Facebook semalam.

Advertisements
image 13 Belfort Percaya, Muhaimin Izuddin Adalah Pemain Masa Depan Terbaik Malaysia

Selain itu, ada juga yang menyatakan setakat melihat perlawanan ketika Kelantan menewaskan Kuching City 2-0, Muhaimin mempunyai kawalan bola yang bagus, visi membawa bola serta merancang bola ke depan yang baik.

Bukan itu sahaja, pemain muda yang berusia 20 tahun itu pernah mengharapkan dapat membantu Kelantan kembali ke saingan Liga Super pada musim 2023 dan akan merencanakan sasaran yang ditetapkan oleh pemilik pasuka, Norizam Tukiman.

Sebagai rekod, pemain muda itu sebelum ini merupakan tonggak yang menyerlah bersama Skuad Projek FAM-MSN. Beliau sudah beraksi dalam 18 dari 20 perlawanan bersama Skuad Projek dengan 13 daripadanya bermain dalam kesebelasan utama dan menjaringkan satu gol.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram