Beli Mousa Al-Tamari? Ini Jawapan Padat CEO Perak
Liga Super
FA Jordan/ Perak FC
Advertisements

Pemain Jordan, Mousa Al-Tamari merupakan salah seorang pemain yang menonjol dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar dengan sudah meledak dua jaringan setakat ini.

Pemain kelab Ligue 1 Perancis, Montpellier HSC itu merupakan tonggak utama pasukan kebangsaan Jordan yang telah meledak dua jaringan ketika aksi bertemu Malaysia pada aksi sulung kedua-dua pasukan.

Kemenjadian Mousa dalam perlawanan menentang Malaysia tempoh hari telah membuka mata banyak pihak mengenai kemampuan pemain berusia 26 tahun itu.

Advertisements

Ianya turut menjadi perhatian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin yang membandingkan nilai keseluruhan pemain pasukan Malaysia dan juga Jordan.

Nilai keseluruhan skuad Malaysia adalah 6.78 juta pound manakala nilai keseluruhan bagi skuad Jordan adalah 13.65 juta pound.

Advertisements

Pada pendapat Bobie, perbezaan harga pemain Malaysia dan Jordan hanya dibezakan dengan adanya Mousa Al-Tamari yang bernilai 6 juta pound.

Meninjau di ruangan komen TBG Super Fan, ada penyokong yang mencadangkan Perak untuk membeli Mousa Al-Tamari bagi memperkuatkan pasukan Perak.

Advertisements

“Kita beli (Mousa) Al-Tamari,” komen pemilik akaun Facebook, Lelaki Suci.

Bobie membalas komen tersebut dengan jawapan yang agak unik.

Advertisements

“Jangan guna (perkataan) ‘kita’. Kalau nak beli guna ayat saya beli bagi free untuk Perak FC. Baru betul,” balas Bobie kepada komen tersebut.

Untuk rekod, Mousa Al-Tamari baru menyertai Montpellier pada Julai 2023 dari kelab Belgium, OH Leuven. Kini beliau menjadi salah seorang pemain yang kerap membarisi kesebelasan utama pasukan dan sudah merekodkan tiga jaringan serta tiga bantuan gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram