“Beliau Sangat Menakjubkan” TMJ Puji Kualiti Kerja Hannah Yeoh
UltraSukan
Hrhcrownprinceofjohor
Sponsors

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi pujian terhadap kualiti kerja yang ditampilkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannha Yeoh sepanjang beliau menjalankan tugas pada posisi tersebut.

Baginda dalam satu audio siar bersama Keluar Sekejap berkongsikan pandangan kepada mantan Menteri Belia dan Sukan negara, Khairy Jamaludin dan Shahril Hamdan berkenaan prestasi Ahli Parlimen Segambut itu.

Ad

Mengulas lanjut, DYAM TMJ mahu melihat lebih ramai pemimpin yang berkualiti untuk mengemudi negara ke arah yang lebih baik.

Ad

Baginda juga mengakui mempunyai hubungan yang baik dengan semua parti politik dan sentiasa mengutamakan kerja yang boleh dilaksanakan untuk kepentingan rakyat.

Ketika ditanya mengenai dinamika politik dan keseimbangan barisan kepimpinan negara, baginda mempunyai pandangan tersendiri mengenai perkara tersebut.

Ad

“Berkenaan dengan parti ini saya lebih suka menilai sebagai contoh Hannah Yeoh, bagi saya beliau sangat menakjubkan. Beliau (Hannah Yeoh) seorang yang hanya fokus kepada kerjanya. Apabila ada kerja, beliau lakukan kerjanya,” jelas DYAM TMJ kepada Keluar Sekejap.

Ad

Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh Hannah Yeoh untuk memajukan sukan di Malaysia termasuklah menyelesaikan beberapa masalah tertunggak sejak sekian lama.

Ad

Antara usaha penting beliau adalah untuk menggalakkan para vendor untuk mengikut jejak langkah AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) memperkenalkan Program Inisiatif Sukan Rahmah.

Selain itu, beliau juga dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) membuka ruang kepada para pelajar sekolah untuk memanfaatkan penggunaan fasiliti di stadium secara percuma.

Penawaran penukaran rumput jenis Zeon Zoysia dan juga penukaran rumput di SNBJ menjadi topik utama dalam arena bola sepak di Malaysia berjaya diusahakan kurang daripada setahun beliau memegang portfolio tersebut.