Bencana Rusuhan Di Indonesia Catat Rekod Kematian Kedua Tertinggi Di Dunia
Dunia
AFP
Advertisements

Satu titik hitam telah terpalit di dalam arena bola sepak Indonesia selepas satu tragedi rusuhan berdarah berlaku selepas perlawanan Liga 1 Indonesia yang melibatkan Arema FC dan Persebaya Surabaya.

Sehingga artikel ini ditulis, jumlah mangsa yang terkorban adalah seramai 129 orang. Jumlah kematian itu dijangkakan akan ada peningkatan selepas ramai mangsa yang mengalami kecederaan dalam tragedi tersebut.

Insiden di Stadium Kanjuruhan itu berpunca daripada kemarahan penyokong tuan rumah yang tidak menerima kekalahan Arema FC 2-3 kepada Persebaya. Peminat mengamuk ke dalam padang, tetapi dihalau oleh pegawai polis.

Advertisements

Gas pemedih mata dilepaskan oleh pihak berkuasa dan keadaan terus menjadi huru-hara selepas semua penyokong cuba mencari jalan untuk keluar dari stadium.

Disebalik kematian 129 orang dalam tragedi itu, rekod telah tercatat apabila tragedi tersebut tersenarai sebagai salah sebuah tragedi bola sepak yang mempunyai angka korban kedua tertinggi di dunia.

Rekod tertinggi angka kematian angkara bencana bola sepak kini adalah di Peru yang mengorbankan 328 orang. Dan Indonesia bakal mengisi tangga kedua dengan sehingga kini mengorbankan 129 orang.

Advertisements

Disebabkan tragedi tersebut, Indonesia berisiko untuk dikenakan tindakan penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Piala Dunia Bawah 20 Tahun yang dijangkakan akan dilangsungkan di Indonesia pada tahun hadapan turut berisiko untuk dinilai semula oleh badan tertinggi bola sepak dunia itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram