Benjamin Mora Kembali Berbicara Tentang JDT
Liga Super
JOHOR Southern Tigers
Advertisements

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kembali berbicara mengenai bekas pasukannya itu.

Hal ini selepas JDT secara sah merangkul gelaran juara Liga Super 2023. Kemenangan 4-0 JDT ketika mengatasi pasukan PDRM malam semalam melayakkan JDT untuk bergelar juara Liga Super kali kesepuluh berturut-turut.

Benjamin Mora dalam satu hantaran di IG Story miliknya menzahirkan rasa teruja dan gembira dengan kejayaan JDT. Beliau turut memberi penghargaan kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) atas segala pengorbanan yang beliau lakukan.

Advertisements

“Menakjubkan! Tahniah kepada TMJ atas apa yang telah kamu berikan segalanya untuk JDT.”

Ketua jurulatih Atlas FC ini mengucapkan tahniah kepada seluruh keluarga JDT yang terlibat kerana berjaya menempa satu lagi sejarah di Liga Malaysia.

“Tahniah kepada keluarga JDT kerana mencipta sejarah lagi, tulis Mora.

Advertisements

Untuk musim 2023, kejuaraan kali kesepuluh JDT ini cukup membanggakan apabila skuad kendalian Esteban Solari merekodkan 86 jaringan dan hanya dibolosi dengan 7 gol sahaja. Skuad Harimau Selatan cemerlang mengharungi 22 aksi Liga Super tanpa tewas.

Kini fokus JDT tertumpu kepada saingan Piala Malaysia 2023 dan perlawanan di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram