Skuad bola sepak kebangsaan Indonesia dijangka bakal menerima seorang lagi pemain naturalisasi apabila pemain kelab Venezia di Itali, Jay Idzes kini difahamkan sedang melalui proses naturalisasi Indonesia.
Pemain berusia 23 tahun itu beraksi di bahagian posisi tengah dan berketinggian 1.91 meter yang mana ketinggiannya itu sangat ideal sebagai seorang pertahanan tengah.
Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) melalui exconya, Arya Sinulingga mengesahkan bahawa pemain kelahiran Belanda itu sedang dalam proses naturalisasi dan kini sudah berada di bawah Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Republik Indonesia (Kemenhumkam).
“Semalam sudah diselesaikan daripada kedutaan Belanda, kemudian daripada saranan Kementerian Belia dan Sukan, kini sudah ke Kementerian Undang-undang dan Keselamatan.
“Mudah-mudahan proses ini berhasil dari segi kewarganegaraan. Proses selanjutnya adalah ke Menteri Setiausaha Negara, ke Presiden dan diusulkan ke Dewan Perwakilan Rakyat (DPR),” jelas Arya seperti dilaporkan BolaSport.
Kehadiran Jay Idzes ke Indonesia sudah pasti ditunggu ramai selepas pemain muda itu menjadi pemain utama kelabnya, Venezia di Itali. Sehingga kini, Jay sudah diturunkan sebanyak 8 kali bersama Venezia dan kesemua perlawanan, beliau beraksi penuh 90 minit.