Beraksi Buat Skuad Senior, Suphanat Mueanta Dipanggil Perkuat Thailand B-23
Asia Tenggara
Changsuek
Advertisements

Skuad Thailand Bawah 23 Tahun (B-23) mendapat suntikan semangat menjelang kempen Piala Asia B-23 2024.

Ini selepas bintang OH-Leuven, Suphanat Mueanta sah memperkuat pasukan yang dibimbing Issara Sritaro. Perkara ini turut disahkan beliau apabila dihubungi SiamSport.

Selain Suphanat, penyerang Port FC, Teerasak Poeiphimai dan penyerang Chiangrai United, Settasit Suvannaseat turut dibawa masuk memperkuat pasukan itu.

Advertisements

“Pasukan-pasukan Suphanat Mueanta, Teerasak Poeiphimai dan Settasit Suvannaseat sudah menghantar surat mengesahkan bahawa mereka telah diberi perlepasan.

“Tetapi berbeza dengan kes Patrik Gustavsson, penyerang kelab Nara dalam J3 League. Beliau tidak akan menyertai pasukan kerana mengalami kecederaan dan perlu berehat selama empat minggu.

“Bagi pemain-pemain yang disasarkan sebagai tonggak utama pasukan, saya sudah menghantar surat memohon perlepasan kepada semua kelab.

Advertisements

“Akan ada jawapan dalam mesyuarat seterusnya bagi mengetahui siapa yang bakal disenaraikan dalam tempoh tersebut,” katanya.

Thailand bakal bersaing dalam Kumpulan C bersama Arab Saudi, Iraq dan Tajikistan. Kempen mereka bermula dengan menentang Iraq pada 16 April ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram