Beraksi Di Final, Jurulatih Vietnam B-16 Mahukan Jaminan Keselamatan
MakanBola
bola.com
Sponsors

Ketua jurulatih Vietnam B-16, Nguyen Quoc Tuan menegaskan kepada PSSI bahawa beliau mahukan jaminan keselamatan terhadap anak buahnya ketika beraksi di final Piala AFF U-16 2022 kelak.

Beliau risau perkara ini akan berlaku semula. Malah, beliau meminta perkara ini bukan suka-suka tetapi atas dasar kepentingan dan keselamatan para pemainnya.

Ad

Sebelum ini, Nguyen menyatakan pernah terjadi kepada para pemain beliau apabila mendapat perlakuan yang kurang baik daripada penyokong pasukan Indonesia U-16.

Ad

Bukan itu sahaja pemain turut dibaling dengan objek semasa sesi memanaskan badan. Beliau juga berharap agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

“Untuk PSSI, kami punya pendapat tentang tujuan keselamatan pemain kami. Kali terakhir pemain kami pernah mendapat satu perkara ketika sesi pemanasan badan. Jadi saya minta ada jaminan keselamatan yang lebih nanti,” kata Nguyen Quoc Tuan kepada bola.com.

Ad

Vietnam bakal bertemu pasukan Indonesia dalam perlawanan Piala AFF U-16 yang akan berlangsung di Stadium Maguwoharjo, Sleman malam ini.

Ad