Safawi Rasid kelihatan gugup selepas menamatkan perlawanan terakhirnya bersama JDT menentang pasukan Sabah. Safawi membantu pasukan selatan tanah air membenam Sabah 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim sekaligus merangkul kejuaraan Liga Super ke-7 berturut-turut.

Safawi yang telahpun berangkat ke Portugal sehari selepas merangkul kejuaraan Liga Super bersama JDT bakal bermain dengan pasukan liga utama Portugal, Portimonense SC untuk musim 2020/2021.
All THE BEST SAFAWI RASID!
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 3, 2020
Johor Darul Ta'zim FC would like to wish Safawi Rasid all the best as he leaves for Portuguese Primeira Liga side Portimonense SC tonight.
[1/3] pic.twitter.com/FUgnuYhxHo
Persoalan yang mungkin bermain difikiran sesetengah gadis TikTok dan influencer tentang berapa gaji yang diterima Safawi di Portugal bakal terjawab di artikel ini. Namun perlu diingatkan, kiraan ini hanyalah anggaran dan nilai sebenar gaji pemain kebiasaanya dirahsiakan kebanyakan pasukan.
Read also:
Menurut portal SalaryReport.com, purata gaji pemain di Portimonense adalah sekitar RM44,500 termasuk gaji pemain bintang dan akademi.
Safawi off to Portugal. One of the best, if not the best player of his generation in Malaysia. Player with his talent deserves to play in Europe and if he works hard he can achieve so much more. All the best.
— 𝗔𝘆𝘀𝗵𝗮 𝗥𝗶𝗱𝘇𝘂𝗮𝗻 (@ayshardzn) October 3, 2020
Portimonense SC memiliki 2 pemain Asia dari Jepun yang menerima gaji sekitar RM150,000/bulan dan mereka merupakan pemain utama pasukan.

Safawi pula dipercayai menerima gaji termasuk bonus di JDT sekitar RM30,000 – RM70,000/bulan (anda tidak akan dapat tahu nilai sebenar). Walaupun nilai sebenar gaji pemain ini adalah rahsia, namun kita masih boleh membuat anggaran berdasarkan jumlah aset semasa pemain itu sendiri yang boleh didapati melalui beberapa sumber awam.
Jadi berbalik kepada purata gaji pemain Asia di Liga Portugal adalah sekitar RM30,000 – RM150,000/bulan, maka dengan nilai gaji pemain Malaysia yang tidak jauh beza dengan Liga Jepun dan Korea, maka bolehlah dibuat anggaran bahawa Safawi menerima anggaran gaji sekitar RM50,000 – RM80,000/bulan di Portugal. Boleh jadi lebih jika diambil kira nilai pasukan terakhir Safawi iaitu JDT sebagai bekas juara Piala AFC. Safawi juga merupakan pemain kaki kidal dan itu merupakan salah satu aset terbesar buat seseorang pemain bola sepak!
Selamat Maju Jaya kepada Safawi. Saya berdoa semoga anda berjaya. Pintu kelab JDT sentiasa terbuka untuk Safawi. This is not the end, it's only the beginning.
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 3, 2020
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor pic.twitter.com/z9WSPx4D5B
Paling penting Safawi masih muda dan beliau telah membuktikan tahapnya yang tersendiri bukan sahaja di Liga Malaysia malah di Liga Juara-Juara Asia.
Sebesar manapun gaji Safawi, harap beliau maju jaya di Portugal dan semoga dapat membuktikan sesuatu di sana. All the best!