Bergson Berpeluang Pintas Rekod Indra Putra
MakanBola
JST/PTAFC

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva berpeluang menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Liga Super.

Rekod tersebut ketika ini dipegang bekas penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin dengan 106 gol daripada 330 penampilan.

Bergson mengekori di belakang dengan 99 gol. Penyerang PDRM FC dari Nigeria, Ifedayo Olusegun berada di tempat ketiga dengan 90 gol.

Ad

Kini, bekas penyerang Fortaleza itu berpeluang menjadi penjaring terbanyak liga sepanjang zaman dengan memintas rekod yang dipegang Indra.

Ad

Ini selepas Bergson menjaringkan lima gol ketika menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 10 April lalu. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan 9-0 buat Harimau Selatan.

Ini menjadikan statistik gol terkini Bergson ialah 104 gol, dua gol di belakang Indra. Beliau berpeluang memintas rekod bekas penyerang Harimau Malaya itu apabila JDT bertemu dengan Kuching City FC pada 16 April.

Ad

Bergson turut mencipta sejarah apabila menjadi penjaring gol pertama liga yang meraih 30 gol semusim. Rekod ini memecahkan rekod gol yang diciptanya pada musim 2022.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments