Bergson Dibawa Keluar Awal, Ini Penjelasan Hector Bidoglio
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pengendali skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio memberi penjelasan tentang keputusan mengeluarkan ayam tambatan, Bergson Da Silva di awal babak kedua.

Skuad Harimau Selatan terbang ke Sarawak membawa misi bagi menutup aksi Liga Super dengan kemenangan ke atas pasukan di tangga ke-4 ketika ini, Kuching City pada Rabu.

Ad

Misi itu berjaya disempurnakan apabila gol Bergson dan juga Romel Morales memastikan JDT membawa balik 3 mata dari bumi Kuching sekaligus menamatkan aksi sebagai juara Liga Super.

Ad

Menurut Bidoglio, beliau amat berbangga menyaksikan aksi cemerlang oleh pemain-pemain dalam mengharungi musim yang sukar ini dan bersyukur masih diberi kepercayaan oleh kelab.

”Ini adalah musim yang panjang dan sukar tetapi saya sangat bangga dengan para pemain saya. Saya cuma mahu katakan terima kasih kepada bos kami (DYAM Tunku Mahkota Ismail) kerana percayakan saya.”

Ad

”Hari ini para pemain buktikan potensi sebenar mereka walau berdepan padang yang basah dan juga cuaca seperti ini akan tetapi JDT masih kekal tanpa kalah, itu sangat penting untuk kami,” ujar Bidoglio selepas perlawanan.

Ad

Pada aksi itu juga, Bidoglio telah mengambil satu keputusan drastik dengan mengeluarkan Bergson di awal babak kedua tatkala pemain itu di dalam misi muncul penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman.

Ad

Ketika ditanya mengenai tindakan membawa keluar Bergson dan pemain-pemain lain, Bidoglio jelaskan bahawa keadaan padang yang basah membuatkannya mengambil keputusan itu.

Akan tetapi, Bidoglio tegaskan para pemain tersebut berada di dalam keadaan baik meski Bergson dibawa keluar awal ketika makin hampir untuk memecahkan rekod Indra Putra.

”Ya, kami perlu membawa keluar beberapa pemain (Bergson dan lain-lain) hari ini kerana keadaan padang yang basah tapi mereka semua dalam keadaan yang baik,” jelas Bidoglio lagi.

Oleh itu, Bergson kini masih kekal di tangga kedua senarai penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman dengan 105 gol, satu jaringan di belakang lagenda tanah air, Indra Putra Mahayuddin.

Walau bagaimanapun, Bergson masih boleh tersenyum lebar apabila berjaya memecahkan rekod penjaring terbanyak bagi satu musim dengan 32 gol musim ini serta berpeluang besar meraih trofi kasut emas.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments