Bergson Harungi Detik Sukar Di Terengganu
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva mengakui sukar untuk beraksi di Terengganu.

Pemain berusia 33 tahun beraksi cemerlang ketika membantu skuad Harimau Selatan untuk menundukkan Terengganu dengan keputusan 4-0.

Ad

Aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2025 itu diserikan apabila beliau menjaringkan gol keempat pasukan sekaligus memberikan kelebihan besar buat anak buah Hector Bidoglio.

Ad

Beliau mengakui sungguhpun JDT beraksi cemerlang namun berjuang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah satu pengalaman yang sukar.

“Kami (JDT) berbangga dengan persembahan pada malam ini. Ia merupakan aksi yang amat sukar setiap kali beraksi di Terengganu.

Ad

“Kami cuba untuk melakukan yang terbaik dan saya yakin pasukan berpuas hati dengan persembahan malam ini,” katanya ketika ditemui Harimau Malaya selepas perlawanan.

Ad

Bergson mengakui pasukannya memiliki kelebihan namun fokus mereka adalah untuk mengharungi satu aksi menjelang aksi lain dengan sebaik mungkin.

Ad

“Ya kita memiliki kelebihan 4 jaringan untuk dibawa ke laman sendiri. Sudah pasti sasaran kami adalah untuk melangkah ke pentas akhir selepas melakukannya pada edisi lalu.

“Kami akan berusaha untuk mengekalkan karakter kami untuk aksi berikutnya,” tambahnya.

Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi sesama sendiri pada 25 Januari, 9 Malam di Gong Badak bagi aksi Liga Super.