Berita Jurulatih Baharu Malaysia Tersebar Di Australia
MakanBola
FC Tokyo
Sponsors

Berita mengenai pelantikan jurulatih baharu Malaysia kini tersebar di Australia.

Teka-teki mengenai pengendali baharu skuad kebangsaan mula bertiup kencang apabila pengendali sementara, Pau Marti mengesahkan tidak akan kekal bersama Harimau Malaya bermula 2025.

Ad

Terdapat beberapa nama besar dikaitkan untuk mengisi posisi pengendali skuad kebangsaan bagi memacu misi ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Ad

Laporan daripada Sacha Pisani iaitu Penghasil konten Digital A-League memberi bayangan awal bahawa bakal pengendali Harimau Malaya adalah jurulatih kelahiran Australia.

Individu yang dimaksudkan itu ialah pengendali FC Tokyo, Peter Cklamovski yang secara rasminya tidak lagi bersama kelab J-League 1 itu.

Ad

“Ketua jurulatih baharu Malaysia ialah Peter Cklamovski dari Australia selepas meninggalkan FC Tokyo pada penghujung musim.

Ad

“Individu yang berumur 46 tahun telah berada di Asia sejak 2018. FA Malaysia bersedia untuk melaksanakan penstrukturan semula bola sepak Malaysia, dengan Tim Cahill turut terlibat,” ujarnya dalam satu kenyataan di laman X.

Ad

Beliau memiliki pengalaman kejurulatihan yang luas sejak tahun 2014 apabila bersama pasukan kebangsaan Australia selaku pembantu jurulatih dan menjulang Piala Asia 2015.

Peter menghabiskan sebahagian besar karier kejurulatihannya di Jepun bersama Yokohama F. Marinos (2018-2020), Shimizu S-Pulse (2020) dan juga Monte Yamagata (2021-2023).

Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi berhubung pelantikan pengendali baharu skuad negara daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).