Berita ‘Orang Kanan’ Tinggalkan Harimau Malaya Makin Kuat
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Orang kanan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski didakwa hampir pasti untuk meninggalkan pasukan kebangsaan.

Skuad negara beraksi cemerlang pada aksi pembukaan Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 apabila menundukkan pasukan ke-175 dunia, Nepal dengan keputusan 2-0.

Ad

Malaysia bagaimanapun dilaporkan bakal kehilangan seorang daripada barisan kejurulatihan yang bakal pulang ke Australia.

Ad

Laporan daripada media di sana mendakwa bahawa penolong ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Mark Milligan dalam radar kelab A-League, Newcastle Jets.

Perkara ini dikukuhkan selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan bahawa proses perpindahan tersebut hampir pasti.

Ad

“Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski bakal hilang orang kanan apabila pembantunya Mark Milligan dilapor kembali ke Australia.

Ad

“Ini selepas perjanjian menyertai Newcastle Jets hampir selesai menjelang musim baru A-League 2025/26,” ujarnya di laman X.

Ad

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung keputusan Mark Milligan untuk meninggalkan Harimau Malaya.

Ujian berikutnya buat pasukan kebangsaan adalah aksi menentang Vietnam pada 10 Jun 2025 di laman sendiri.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments