Berita Palsu Menggunakan Nama MakanBola, Tindakan Undang-undang Akan Diambil
MakanBola
Edited By FZ

MakanBola tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menaburkan berita palsu menggunakan nama syarikat.

Baru-baru ini, tular berita palsu mengenai identiti pemain yang tidak dikenali yang didakwa bakal memperkuat Malaysia.

Laporan tersebut bersifat palsu selepas menggunakan logo syarikat MakanBola dengan berita tersebut bukan daripada sumber asal portal kami.

Ad

Identiti palsu yang direka dengan mendakwa pemain yang disebut sebagai Jamir Uddin itu dengan menggunakan logo JDT sebagai kelab adalah bersifat tomahan semata-mata.

Ad

Berita pemain warisan ini pernah juga muncul beberapa kali daripada pengguna Indonesia dan Malaysia sendiri telah menjejaskan nama baik banyak pihak.

Malah, organisasi besar seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga sering digunakan sewenang-wenangnya sekaligus menjadi berita palsu yang ditokok-tambah.

Ad
Ad

MakanBola juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib atas kelakukan tidak bertanggungjawab yang mencemarkan nama organisasi dan juga Malaysia.