Berita Pesawat Terhempas Palsu, Sabah Bakal Ambil Tindakan
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Sabah FC menafikan berita pesawat pasukan terhempas dan bakal mengambil tindakan sewajarnya atas laporan palsu tersebut.

Sabah FC dalam satu kenyataan rasmi menafikan laporan berita oleh portal dalam talian yang bertajuk ‘Nahas Pesawat Tragis Meragut Nyawa Pemain Terbaik Sabah FC’.

Ad

Perkara ini dijelaskan oleh Pengurus Sabah FC, Rafie Robert yang mengesahkan bahawa berita yang tular itu adalah tidak benar.

Ad

Bukan itu sahaja, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis dalam tempoh terdekat agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Laporan portal ini dilihat berniat jahat serta menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pihak pengurusan Sabah FC serta peminat bola sepak di negeri ini.

Ad

“Kami akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat untuk memastikan perkara ini tidak berulang di masa depan sekali gus memastikan tahap keselamatan pemain Sabah FC sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ad

Baru-baru ini, laporan oleh sebuah portal yang dikenali sebagai Newsstation.COM itu memberitahu bahawa dunia bola sepak sedang berduka.

Ad

Hal ini selepas nahas kapal terbang yang dahsyat meragut nyawa beberapa pemain terbaik Sabah F.C. 

“Kemalangan tragis itu berlaku dalam perjalanan ke perlawanan liga yang penting, membuatkan peminat dan komuniti bola sepak global terkejut dan tidak percaya. 

“Laporan menunjukkan bahawa penerbangan sewa yang membawa pemain dan beberapa kakitangan kejurulatihan Sabah FC sedang menuju ke perlawanan di tempat lawan apabila pesawat itu mengalami pergolakan teruk dan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara. 

Pesawat itu jatuh di kawasan terpencil, menjadikan usaha menyelamat mencabar,” ujar berita palsu tersebut.

Sabah menerusi pengesahan oleh Rafie menafikan berita tersebut denga semua pemain serta pihak pengurusan Sabah FC berada dalam keadaan selamat ketika ini.

Sabah FC sedang menjalani latihan sebagai persediaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan Tawau FA pada 12 Oktober ini.