Pemain sayap sensasi Indonesia, Saddil Ramdani yakin bahawa beraksi di Malaysia tidak semudah yang dirasakan kebanyakan orang.
Beliau memberi penjelasan di ruangan Instagram Storynya tatkala keluhannya menggambarkan isi hatinya yang sudah lama terbuku.
Pemain berusia 25 tahun itu sudah memasuki tahun ketiganya di Malaysia apabila sebelum ini pernah bersama Sri Pahang sebelum berhijrah ke Sabah FC.
Saddil jelas kurang senang dengan kritikan yang dilemparkan terutamanya apabila ada pihak yang mengatakan dirinya mengambil jalan mudah untuk beraksi di Malaysia.
“Dan kalian bilang beraksi di Liga Malaysia biasa aja? Sudah berapa orang pulang dan tak sanggup main di sini kerana tekanan dan tuntutan segala macam, kalau kalian tidak percaya silakan mencuba.”
“Saya perlukan tiga tahun untuk untuk menyesuaikan diri dengan taktikal jurulatih dan juga managemen (pengurusan) kerana saya tidak ada sesiapa di sini,” ujar Saddil.
Pemain sayap lincah ini pernah menerima beberapa tawaran daripada kelab luar negara namun memilih untuk kekal di Malaysia setelah dibuka jalan pada awalnya oleh bekas jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto.
Saddil tampil menjadi watak penting buat The Rhinos musim ini terutamanya menentang Kelantan United semalam beliau terlibat dalam ketiga-tiga jaringan yang dihasilkan.