Bintang Manchester City, Bernardo Silva memberi pandangan mengenai perbezaan Liverpool dengan Arsenal sejurus selepas tamat perlawanan tempoh hari.
Manchester City berjaya mengikat Arsenal di laman sendiri pada saat akhir perlawanan selepas John Stones menjadi wira pasukan menjaringan gol penyamaan pada masa tambahan 90 minit permainan.
Pemain sayap The Citizens itu menyatakan perbezaanya ialah The Gunners tidak pernah memenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara Juara Eropah (UCL).
“Liverpool telah memenangi gelaran EPL dan Arsenal belum.
“Liverpool telah memenangi UCL dan Arsenal tidak. Inilah sebabnya mengapa saingan itu berbeza,” kata Bernardo Silva kepada ESPN.
Pemain berusia 30 tahun itu juga merasakan bahwa saingan yang diberi oleh Arsenal dan Liverpool sangat berbeza untuk dibandingkan dengan pencapaian pasukan.
“Selain itu, izinkan saya menambah bahawa Liverpool sentiasa berhadapan dengan kami yang cuba memenangi perlawanan,” katanya lagi.
Untuk rekod, Bernardo Silva telah menjuarai saingan EPL sebanyak 6 kali dan 1 kali bagi UEFA Champions League bersama Manchester City sejak memyertainya pada tahun 2017.