Bernardo Tavares: Gaji 2 Pemain Sabah Mampu Bayar Gaji Semua Pemain PSM Makassar
AFC Cup
Azri-MakanBola
Advertisements

Jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares mengakui gaji dua pemain Sabah FC mampu melunaskan isu gaji yang dihadapi mereka ketika ini.

Untuk makluman, Juku Eja sedang berdepan masalah kewangan musim ini terutama pembayaran gaji pemain.

Malah, Tavares juga sanggup melelong baju dan trofi milik beliau seperti dilaporkan Detik.com bagi memastikan gaji pemain dan pegawai pasukan dapat dilangsaikan.

Advertisements

Atas sebab itulah, beliau melihat gaji yang diterima beberapa tonggak skuad Badak itu mampu meredakan kesusahan yang dihadapi mereka ketika ini.

“Kita boleh lihat pemain Sabah mungkin dua tiga pemain Sabah boleh bayar gaji semua pemain saya,” katanya kepada MakanBola dalam sidang media pasca-perlawanan semalam.

Advertisements

Masalah kewangan yang dihadapi PSM Makassar sudah memberi kesan buruk kepada prestasi pasukan dalam liga.

Ketika ini, mereka berada di tempat ke-14 liga dan hanya dipisahkan lima mata dengan pasukan yang menduduki tangga ke-16 liga, Arema.

Advertisements

Sementara dalam saingan Piala AFC pula, mereka kini di tangga tercorot Kumpulan H selepas tewas dua perlawanan.

Juku Eja memerlukan kemenangan bila menentang Madura United pada 8 Oktober ini bagi menghentikan empat kekalahan berturut-turut dalam semua kejohanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram