Bersara Pada Usia 39 Tahun? Ini Jawapan Norazlan Razali
Liga Super
Kuching City FC
Advertisements

Bekas penjaga gol Selangor FC, Norazlan Razali mengesahkan beliau bersara pada usia 39 tahun.

Perkara ini dinyatakan kepada media selepas majlis tandatangan kerjasama antara Derrick Gan dan Johan & Joann yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Norazlan melihat ini masa yang tepat untuknya membuat peralihan sebagai jurulatih selepas menikmati karier bola sepak yang panjang sebagai penjaga gol.

Advertisements

“Setakat ini macam saya cakap pada awalnya, Train Like A Pro menjadi titik permulaan buat saya mengembangkan bakat saya dalam bidang kejurulatihan.

“Sebelum ini saya bermain dan sekarang saya membuat peralihan untuk menjadi seorang jurulatih.

Advertisements

“Dan ini satu platform yang baik untuk saya meneruskan karier sebagai jurulatih. Insya Allah, kalau ikutkan macam itu jawabnya,” katanya.

Nama Norazlan bukan asing dalam kalangan peminat bola sepak negara. Beliau beraksi untuk beberapa pasukan seperti Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Selangor FC, Felda United, Melaka United FC dan Kuching City FC.

Advertisements

Sepanjang karier permainannya, beliau pernah menjulang Liga Super bersama JDT pada 2014 dan Piala Malaysia (2015) bersama Selangor.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram