BG Pathum Bantu Tunaikan Impian Arif Aiman
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap lincah, Arif Aiman muncul watak penting pasukan JDT untuk meraih 3 mata pertama dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

2 jaringan Arif Aiman membantu JDT menang 4-2 ke atas kelab Thailand tersebut dan kini JDT menghuni tangga kedua kumpulan I.

Arif Aiman mengakui aksi menentang BG Pathum ini penting bagi pasukan Harimau Selatan untuk kembali menghidupkan peluang melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam saingan ACL.

Advertisements

“Pertama sekali, Alhamdulillah. Perlawanan hari ini amat penting untuk saya dan rakan-rakan sepasukan saya. Kita mahu mendapatkan tiga mata di tempat lawan untuk meningkatkan peluang layak ke pusingan seterusnya dalam saingan ACL dan Alhamdulillah, saya dan pasukan meraih kemenangan hari ini.” ujar Arif Aiman sejurus tamat perlawanan.

Tambah Arif lagi, impian beliau untuk mencetak nama selaku penjaring dalam saingan ACL turut tertunai apabila bukan sekali, namun dua kali Arif berjaya menjaringkan gol ke atas BG Pathum United.

Advertisements

“Alhamdulillah, impian saya adalah untuk menjaringkan gol di peringkat tertinggi seperti ACL. Ya, saya gembira dapat membantu pasukan. Semua pemain, jurulatih dan staf pasukan menyumbang kepada kemenangan ini, Alhamdulillah.” ujar Arif lagi.

JDT kini meraih kemenangan pertama dalam saingan ACL dan bakal menempuhi aksi separuh akhir Piala Malaysia terlebih dahulu sebelum bertemu Ulsan Hyundai untuk aksi ketiga ACL kumpulan I.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram