BG Pathum Cipta Kejutan Aibkan Kelab Jepun
Asia
BG Pathum
Advertisements

Pasukan gergasi Liga 1 Thailand, BG Pathum United melakukan kejutan apabila menumbangkan kelab Jepun, Cerezo Osaka dengan keputusan 3-2.

Aksi yang berlangsung di Stadium Leo itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik sungguhpun kehilangan beberapa tonggak penting yang masih beraksi di Piala Asia AFC.

Perlawanan bermula baik dengan Cerezo Osaka melakukan beberapa serangan awal untuk mendapatkan gol pembukaan.

Advertisements

Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila sepakan penjuru yang diperoleh kelab Jepun itu berjaya ditanduk masuk oleh pertahanan tengah, Ryosuke Shindo untuk gol pertama pada minit ke-35.

The Rabbitd tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan juga menerusi tandukan daripada sepakan penjuru oleh pertahanan tinggi lampai, Seydine N’Diaye.

Advertisements

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-1.

Bersambung babak kedua, anak didik Makoto Teguramori menggandakan asakan namun kekebalan benteng pertahanan lawan menyebabkan tiada gol terhasil sepanjang 25 minit awal babak kedua.

Advertisements

Kelibat penyerang berbisa BG Pathum, Danilo Alves kembali menggegar jaring pada minit ke-74 sebelum Chaowat Veerachart meletakkan pasukan 3-1 di hadapan.

Cerezo Osaka memperoleh gol saguhati pada akhir permainan menerusi tandukan Hirotaka Tameda pada untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan 3-2.

Advertisements

Video: BG Pathum vs Cerezo Osaka

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram