BG Pathum Mudah Belasah Trat
Asia Tenggara
BG Pathum United
Advertisements

Kepimpinan jitu yang dipamerkan kapten Sarach Yooyen memastikan BG Pathum United kembali menerajui Thai League 1 hari ini.

Ini selepas The Rabbits mengalahkan Trat 2-0 di stadium keramat mereka, Stadium BG dalam aksi terbaru liga.

Dengan pencabar terdekat, Buriram United sekadar seri tanpa jaringan dengan Chiangrai United, ini peluang keemasan buat anak-anak buah Thongchai Sukkoki kembali bergelar pendahulu liga.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan Sarach menjadi arkitek kepada dua gol BG Pathum.

Hantaran beliau dari sebelah kanan pada minit ke-22 mudah disempurnakan penyerang Brazil, Danilo Alves menewaskan penjaga gol Trat, Worawut Sukhuna.

Advertisements

17 minit kemudian, hantaran sepakan sudut Sarach mudah ditanduk Chenrop Samphaodi bagi melebarkan kelebihan yang dimiliki tuan rumah.

Bersambung pada babak kedua, pemain tengah Thailand berusia 31 tahun itu terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan pada minit ke-50.

Advertisements

Itu tidak menjejaskan rentak serangan tuan rumah yang memasukkan kapten Thailand, Chanathip Songkrasin sebagai pemain gantian pada minit ke-60.

Chanathip yang menggantikan Chenrop mengambil kesempatan daripada bola muntah Worawut sebelum meledakkan gol ketiga BG Pathum pada minit ke-63.

Advertisements

Trat menyangka mereka meraih penalti pada minit ke-70 apabila pemain gantian, Nattawut Sombatyutha dijatuhkan dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, harapan mereka mendapat gol saguhati musnah apabila VAR membatalkan keputusan awal pengadil.

Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini memastikan The Rabbits menjadi pendahulu liga untuk sekurang-kurangnya 24 jam sebelum Port beraksi esok.

Dari segi penilaian Sofascore, Sarach diiktiraf sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.2.

The Rabbits selepas ini akan berdepan Kawasaki Frontale untuk aksi ketiga Kumpulan I ACL pada 24 Oktober ini.

Justeru, Thongchai berharap Sarach dapat pulih daripada kecederaan hari ini agar sempat menyertai BG Pathum menentang kelab J1 League itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram