BG Pathum Siarkan Aksi AFC Champions League Secara Percuma
ACL
BG Pathum United
Advertisements

BG Pathum United bakal menyiarkan kesemua aksi yang melibatkan skuad The Rabbit di Liga Juara-Juara Asia (ACL) secara percuma.

Perkara itu diumumkan kelab dalam satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka pada semalam. Youtube bakal menjadi platform siaran langsung sepanjang aksi BG Pathum dalam saingan peringkat Kumpulan I.

Untuk makluman, siaran langsung secara ekslusif ini telah dibeli hak cipta penyiarannnya daripada syarikat Truevisions. BG telah diundi berada dalam Kumpulan I bersama wakil dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai, Kawasaki Frontale dari Jepun dan Johor Darul Ta’zim dari Malaysia.

Advertisements

BG Pathum bakal turun dalam aksi pertama di pentas ACL 2023 menentang kelab dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bolasepak Munsu itu dijadualkan pada Selasa depan, 19 September 2023.

Aksi tersebut boleh ditonton secara percuma di laman Youtube BG Pathum United.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram