Jurulatih BG Pathum United, Makoto Tegumori menyatakan bahwa pasukannya sudah bersedia untuk berdepan pasukan terkuar Indonesia, PSM Makassar.
Meskipun beraksi di tempat lawan, jurulatih kelahiran Jepun ini akui persiapan mental dan fizikal skuad bimbingan tidak berdepan masalah malah teruja dan tidak sabar untuk beraksi.
“Ini adalah perlawanan pertama. Oleh itu, pasukan kami bersedia dan bersemangat untuk bermain permainan ini bersama PSM.
“Kami sangat teruja untuk bermain dalam Kejohanan Kelab ASEAN buat kali pertama.
Dalam pada itu, beliau turut berpendapat bahwa Shopee Cup ini adalah medan terbaik untuk menguji kekuatan pasukan setanding Asia Tenggara.
“Ini adalah kali pertama kami di Indonesia. Kami sangat teruja untuk mengukur kualiti kelab antarabangsa ASEAN dalam pertandingan ini, kata jurulatih Makoto Teguramori memetik laporan Siamsport.
BG Pathum United yang berada dalam kumpulan A akan berdepan wakil kelab dari Indonesia, PSM Makassar hari ini jam 7.30 malam waktu tempatan.