Bhutan & Hong Kong Bakal Uji Malayan Tigress
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Skuad Malayan Tigress bakal diuji Bhutan dan Hong Kong dalam dua aksi persahabatan semasa jendela antarabangsa FIFA.

Perkara ini disahkan pengendali skuad bola sepak wanita kebangsaan, Soleen Al-Zoubi bila ditanya tentang perancangan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia Wanita 2026.

Ad

Jendela antarabangsa FIFA dari 19 Mei hingga 6 Jun ini mahu dimanfaatkan beliau dengan menguji kemantapan barisan Malayan Tigress.

Ad

“Selain mengasah dan menguji skil pemain-pemain apabila berlangsungnya Liga Wanita Nasional (LWN) musim ini, kita juga berusaha untuk mengadakan beberapa aksi persahabatan antarabangsa pada tempoh jendela FIFA pada 19 hingga 6 Jun 2025 ini,’’ katanya.

Soleen turut memaklumkan skuad Malayan Tigress bakal berkelana ke Bhutan bagi mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa.

Ad

Selain berdepan negara tuan rumah, Bhutan, Malaysia juga bakal berdepan cabaran wakil Asia Timur, Hong Kong.

Ad

“Perancangan buat skuad senior ialah panggilan untuk kalendar antarabangsa FIFA pada Mei. Pada 26 Mei, kita bakal adakan dua aksi persahabatan di Bhutan membabitkan Bhutan, Hong Kong dan Malaysia,” katanya seperti dilaporkan Harimau Malaya.

Ad

“Jadi, ini panggilan pertama buat pemain membuat persiapan untuk kelayakan Piala Asia Wanita yang bermula pada Jun.

“Permulaannya sudah ada jadi kita harap semua orang dapat menyokong kita sepanjang kejohanan itu.”

Malaysia berada dalam Kumpulan H bersama Korea Utara, Tajikistan dan Palestin untuk pusingan kelayakan Piala Asia Wanita 2026.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments