Ads
Bila Faisal Halim Akan Beraksi? Ini Jawapan Nidzam Jamil
Liga Super
Selangor FC

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil menjawab tanda tanya tentang status terkini pemain sayap Selangor, Faisal Halim.

Advertisements

Ramai dalam kalangan peminat dan pemerhati bola sepak tempatan menantikan kelibat pemain lincah kebangsaan itu untuk kembali beraksi diatas padang. Faisal yang sebelum ini berdepan insiden simbahan asid terpaksa berehat dalam jangka masa panjang bagi sesi pemulihan dan rawatan.

Advertisements

Dalam sidang media selepas perlawanan antara Selangor dan Penang malam semalam, Nidzam sempat berkongsi keadaan terkini Faisal. Beliau menyatakan Faisal berada pada kondisi yang baik dan sering ada meluangkan masa bersama pasukan.

Advertisements
Advertisements

Ketika Nidzam ditanya tentang kemungkinan Faisal untuk kembali beraksi dalam tempoh terdekat, Nidzam menafikan perkara tersebut namun semestinya sentiasa menanti kehadiran Faisal untuk kembali berlatih dan seterusnya beraksi diatas padang.

“Tidak & tidak ada apa² kejutan. Tapi dia (Faisal) selalu bersama dengan kita. Saya suka dia selalu di sekitar pasukan kerana Faisal ada ‘positive vibes’.

Advertisements

Pengendali berusia 44 tahun ini juga menzahirkan rasa gembira dan teruja setiap kali Faisal ada bersama pasukan. Bagi Nidzam, Faisal memiliki aura yang mempu meningkatkan motivasi para pemain.

“Bila dia ada semua akan gembira. Saya suka dia ada dengan kita,” ujar Nidzam ringkas selepas sidang media pasca perlawanan.

Advertisements

Selangor kini menghuni tangga kedua dalam carta Liga Super Malaysia 2024/2025 dengan 12 mata diraih skuad Merah Kuning. Selepas enam perlawanan, Selangor telah mencatat empat siri kemenangan dan dua kekalahan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram