Bintang China Ini Dinilai Paling Teruk Ketika Berdepan Malaysia
MakanBola
China Daily
Sponsors

Tamat sudah aksi mendebarkan di antara China dan Malaysia di mana menyaksikan Malaysia berjaya mencipta kejutan ke atas pasukan di ranking ke-80 dunia itu dengan keputusan seri 1-1 pada aksi yang dilangsungkan di Stadium Phoenix Mountain semalam.

Tumpuan penyokong dan pemerhati bola sepak China sudah tentu tertumpu kepada pemain bintang mereka yang pernah beraksi untuk Espanyol di Sepanyol iaitu Wu Lei. Wu Lei yang merupakan pemain sayap lincah pasukan Shanghai Port telah beraksi penuh 90 minit dalam aksi menentang Malaysia semalam.

Ad

Namun segalanya seperti tidak menjadi buat Wu Lei apabila pemain itu gagal memberikan impak maksima yang diharapkan. Menerusi penilaian yang dibuat Sofascore, Wu Lei hanya diberikan rating 6.1/10 yang juga merupakan rating terendah di kalangan pemain kedua-dua pasukan.

Ad

Dalam 90 minit aksi di atas padang, Wu Lei hanya berjaya melepaskan satu rembatan tepat ke pintu gol dan enam kali terlepas penguasaan bola. Selain itu, Wu Lei juga terlepas dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Wu lei rating Bintang China Ini Dinilai Paling Teruk Ketika Berdepan Malaysia
Rating dan statistik Wu Lei oleh Sofascore.

Penjaring gol China, Lin Liangmeng menjadi pemain yang memperolehi rating tertinggi iaitu 7.6/10. Manakala tiga pemain Malaysia yang mendapat rating melebihi angka tujuh adalah Faisal Halim (7.4/10), Dion Cools (7.6/10) dan Syihan Hazmi (7.1/10).

Ad

China akan meneruskan aksi persahabatan antarabangsa apabila bakal berdepan Syria pada 12 September ini manakala Malaysia akan pulang ke tanah air selepas selesai mengharungi dua aksi persahabatan menentang Syria dan China.

Ad

Ad