Advertisement
Bintang Filipina, Omid Nazari Sertai Terengganu
Transfer
MakanBola
@avineshW90

Selepas pemain Filipina, Luke Woodland memilih meninggalkan Terengganu secara persetujuan bersama, skuad Peteh berusaha mencari pengganti pemain tersebut. Hari ini, pengurusan Penyu mengesahkan mereka telah mendapatkan khidmat pemain tengah Filipina berdarah Iran, Omid Nazari.

Perpindahan bekas pemain Malmo FF itu diumumkan Terengganu menerusi laman media sosial mereka hari ini.

Sebelum ini, Nazari pernah bermain bersama Negeri Sembilan pada musim lepas tetapi dilepaskan oleh pengurusan Hoben Jang Hoben pada akhir musim. Selain Negeri Sembilan dan Malmo, dia juga pernah beraksi bersama Melaka United, Angelholms FF, Ceres-Negros dan Persib Bandung.

Nazari yang beraksi di bahagian tengah perlu bersaing dengan Habib Haroon dan Domagoj Pusic sebagai jeneral tengah pasukan.

Kehadiran pemain berdarah Iran itu melengkapkan senarai awang import yang menganggotai pasukan Terengganu. Selain Pusic, Nazari dan Habib, Terengganu turut mempunyai khidmat Adisak Kraisorn, Sardar Kulmatov, Ivan Mamut, Jordan Mintah, Sony Norde dan Argzim Redzovic.