Bintang Filipina Sertai Kelab Gergasi Turki, Antalyaspor
Asia Tenggara
Antalyaspor
Advertisements

Pemain sayap Filipina, Gerrit Holtmann telah berpindah secara pinjaman dari kelab Bundesliga, VfL Bochum ke kelab Super Lig, Antalyaspor selama semusim.

ASEAN Football melaporkan perpindahan ini turut mempunyai klausa perpindahan tetap sekiranya Holtmann menampilkan persembahan memberangsangkan sepanjang berada di Stadium Antalya.

Bagi Holtmann, perpindahan ke Antalyaspor dianggap babak baru dalam karier bola sepaknya selepas menghabiskan majoriti daripadanya di Jerman.

Advertisements

“Pada akhir proses yang panjang, apa yang dikehendaki oleh kedua-dua pihak telah tercapai. Ia sesuatu yang mengujakan untuk saya bermain bola sepak di bandar yang indah seperti Antalya, dalam pasukan dengan gol seperti Antalyaspor.

“Saya rasa kami akan lakukannya dengan baik dengan rakan sepasukan saya,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan Facebook rasmi Antalya.

Selain VfL Bochum, Holtmann pernah beraksi untuk FSV Mainz O5, SC Paderborn, Eintracht Braunschweig dan skuad remaja Werder Bremen.

Advertisements

Beliau yang memegang dwi kerakyatan Jerman-Filipina sudah merekodkan dua penampilan untuk The Azkals sejak 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram