Bintang Indonesia Dilamar Beraksi Di Liga Utama Korea
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Bintang muda Indonesia, Asnawi Mangkualam akui telah dilamar untuk beraksi di liga utama bola sepak Korea Selatan.

Dalam satu temu bual Asnawi di segmen Podcast Sport77, beliau mendedahkan bahawa ada menerima tawaran dari salah sebuah kelab yang beraksi di K League 1 yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Pemain Jeonnam Dragon ini bagaimanapun menjelaskan bahawa perkara tersebut masih dalam perbincangan dan belum ada kata putus daripada kedua-dua belah pihak.

Advertisements

“Itu tidak tahulah. Ada tawaran, tetapi belum tahu. Masih dalam proses. Doakan saja, doakan,” ujar Asnawi Mangkualam.

Kapten Indonesia berusia 23 tahun ini bercita-cita besar untuk menyertai pasukan yang beraksi di liga utama Korea Selatan musim depan namun fokusnya kini tertumpu bersama kelabnya, Jeonnam Dragon di saingan K League 2.

Sejak berhijrah ke Korea Selatan pada Februari 2021, Asnawi memulakan karier disana bersama pasukan Ansan Greeners selama dua musim sebelum berhijarah ke Jeonnam Dragons pada Januari tahun ini.

Advertisements

Untuk musim ini, Asnawi Mangkualam telah membuat sebanyak 22 penampilan dalam semua pertandingan bersama Jeonnam Dragons. Bek kanan Indonesia ini telah berjaya menyumbang dua bantuan jaringan dalam musim 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram