Advertisement
Bintang Indonesia Sertai Kelab Portugal, ADCR Caxinas
UltraSukan
UltraSukan
Evan Soumilena/ADCR Caxinas

Pemain futsal Indonesia, Evan Soumilena kini melebarkan sayapnya ke luar negara selepas menerima tawaran kelab Portugal, ADCR Caxinas.

Perpindahan pemain Black Steel Papua itu diumumkan Caxinas di akaun Instagram rasmi mereka semalam.

“Selamat datang Soumilena… Datang dari bahagian lain dunia untuk memperkuat skuad kita, salah seorang pemain terbaik dalam Liga Indonesia… EVAN SOUMILENA,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Ramai melihat perpindahan ini bakal membuka jalan kepada lebih ramai pemain futsal dari negara-negara ASEAN khususnya Indonesia beraksi di liga luar negara.

Caxinas merupakan kelab yang bertanding dalam Liga Placard Portugal. Liga futsal ini disifatkan antara yang terbaik di dunia oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal.

Pengalaman yang ditimba Evan semasa di sana bakal menjadi aset buat skuad futsal Indonesia. Ini sekaligus mampu membantu Indonesia mengharungi aksi kelayakan Piala Asia Futsal 2024 di Arab Saudi pada Oktober ini.