Bintang JDT Kembali Perkuat Pasukan Berdepan Sabah
UltraSukan
JDT Futsal
Advertisements

Khabar baik diterima oleh kem futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila salah seorang bintang mereka kini dijangka kembali memperkuat pasukan dalam masa terdekat.

Pemain yang dimaksudkan merupakan Ekmal Shahrin yang merupakan tonggak utama yang berperanan sebagai pivot pasukan JDT sejak musim 2023 yang lalu.

Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi JDT Futsal, kelibat pemain berusia 24 tahun itu mencuri perhatian ramai apabila kembali menjalani latihan di Stadium Tertutup Pasir Gudang setelah berehat panjang akibat kecederaan.

Advertisements

Ekmal Shahrin merupakan bintang utama JDT yang membantu skuad Harimau Selatan meraih gelaran naib juara dalam saingan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) dan Malaysia Futsal Cup musim lalu.

Namun begitu, malang menimpa bekas pemain Selangor MAC itu apabila dilaporkan mengalami kecederaan ketika kempen pra-musim pada awal tahun ini sekaligus memaksa beliau berehat dan terlepas beberapa perlawanan awal MPFL.

Aksi lincah Ekmal yang dirindui para peminat dijangka bakal dapat disaksikan semula sekiranya mendapat kebenaran pasukan perubatan pada aksi liga seterusnya yang dijadualkan kembali bersambung pada bulan Mei nanti.

Advertisements

JDT akan turun berdepan cabaran Sabah dalam aksi MPFL seterusnya di Stadium Bandaraya Pasir Gudang pada 18 Mei hadapan dalam misi mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga.

Skuad bimbingan Juan Antonio Miguel Garcia kini memimpin carta liga dengan 12 mata maksimum selepas mencatatkan empat kemenangan dalam semua perlawanan sebelum ini dalam liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram