Asia

Bintang Korea Selatan Memukau Di Eropah, Ancaman Hebat Buat Malaysia

lee kang in Bintang Korea Selatan Memukau Di Eropah, Ancaman Hebat Buat Malaysia
AFC
Advertisements

Bintang Korea Selatan, Lee Kang-in mempamerkan aksi memukau di pentas eropah.

Sejak melengkapkan perpindahan ke Ligue 1, sayap kanan Paris Saint Germain (PSG) ini telah melakukan 10 penampilan bersama pasukan. Lee Kang-in berjaya mencipta satu gol dan dua bantuan jaringan sepanjang musim ini.

Ketika pertemuan antara PSG dan Metz pada semalam, Lee Kang-in mencuri tumpuan apabila beliau jadi watak penting pasukan dengan mencatat satu bantuan jaringan ketika gol pembukaan perlawanan.

Hantaran cantik Kang-in pada minit ke-49 permainan telah disempurnakan pemain tengah PSG, Vintinha untuk gol pertama pasukan. PSG menang dengan keputusan 3-1 menerusi jaringan tambahan daripada Kylian Mbappe.

Turun sebagai kesebelasan utama pasukan, Lee Kang-in telah dinilai dengan penilaian sebanyak 7.9 oleh laman SofaScore dalam aksi malam semalam.

Sebelum ini, pengendali Korea Selatan Jürgen Klinsmann turut menganggap Lee Kang-in ini merupakan antara bakat muda Korea Selatan. Pemain berusia 22 tahun ini pasti bakal menjadi ancaman hebat buat skuad kendalian Kim Pan-gon yang bakal beraksi menentang Korea Selatan kelak.

Malaysia bakal berdepan Korea Selatan di pentas Piala Asia dalam aksi peringkat Kumpulan E pada 25 Januari 2024. Aksi tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Al-Janoub, Qatar.