Penyerang Maghribi, Abderrazak Hamdallah mencipta rekod tersendiri dalam aksi ketiga Kumpulan C ACL semalam.
Ini kerana gol kemenangan yang dijaringkannya untuk Al-Ittihad menentang Air Force Club semalam menjadikannya penjaring gol untuk lima kelab berbeza dalam sejarah kejohanan.
Sebelum mewakili The Tigers, Hamdallah pernah mewakili satu lagi kelab Arab Saudi, Al-Nassr.
Selain itu, beliau juga pernah beraksi untuk kelab China, Guangzhou R&F (kini Guangzhou City) dan dua kelab Qatar, El Jaish dan Al-Rayyan.
Transfermarkt merekodkan Hamdallah telah menjaringkan 25 gol daripada 39 perlawanan. Daripada 25 gol itu, 16 daripadanya dijaringkan untuk Al-Nassr.
Ini satu pencapaian yang hebat buat penyerang berusia 32 tahun itu sekaligus menempatkan dirinya dalam lembaran sejarah ACL.
Pencapaian ini dijangka menginspirasikan Hamdallah untuk memburu lebih banyak gol buat Al-Ittihad baik di ACL mahupun di Saudi Pro League.
The Tigers dijangka menagih bisanya bila mereka turun menentang Al-Hazm dalam aksi terbaru liga pada Jumaat ini.