Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pemain Malaysia berpeluang beraksi di luar negara. Terbaru, pemain remaja Dainnel Aqashah Rakmatulla bertuah kerana diberi peluang beraksi di sebuah akademi bola sepak di Korea Selatan.
Perkara ini dikongsikan akaun Twitter Harimau Abroad hari ini. Ini berdasarkan maklumat yang dikongsikan seorang pengguna Twitter lain bernama Amirul Hafizh.
15-year-old Dainnel Aqashah Rakmatulla has received an offer to train at a South Korean football academy in partnership with German club FC Köln.
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) June 6, 2023
Thank you @_amirulHAFIZH_ for info. pic.twitter.com/OpaGEk2gd9
Difahamkan pemain berusia 15 tahun itu telah menerima tawaran beraksi di sebuah akademi bola sepak milik G.K. Football Exchange. Menariknya, akademi tersebut turut mempunyai perkongsian menarik dengan kelab bola sepak Bundesliga, FC Koln.
Selain G.K. Football Exchange, Die Geissbocke turut mengadakan kerjasama sama dengan Soccerlife (Jepun), Warubi Sports dan Germany Soccer Academy (kedua-duanya untuk Amerika Utara).
Dengan usianya yang masih muda, sudah pasti ramai yang mahu memantau perkembangannya dari semasa ke semasa. Tidak mustahil Dainnel Aqashah mampu mewakili Harimau Malaya pada masa hadapan.