Bintang Muda Manchester United Meledak Bersama Thailand
MakanBola
Changsuek
Sponsors

Bintang muda Manchester United, Silva Mexes mula menunjukkan bisanya bersama skuad Thailand Bawah 17 Tahun (B-17).

Ini selepas penyerang berusia 15 tahun itu meledakkan gol tunggal Thailand ketika menentang Uzbekistan dalam aksi pertama Kumpulan A Piala Asia B-17 2025.

Ad

Uzbekistan yang dibimbing Islom Ismoilov terlebih dahulu berada di hadapan menerusi Sadriddin Khasanov dan Nurbek Sarsenbaev pada minit kedua dan ke-13.

Ad

Tatkala pasukan Asia Tengah itu kelihatan selesa di hadapan, Mexes memukau pertahanan Uzbekistan pada minit ke-40.

Beliau yang juga anak legenda Wales, Robert Earnshaw itu menggelecek beberapa pemain lawan sebelum menewaskan penjaga gol Uzbekistan, Nematulloh Rustamjonov.

Ad

Uzbekistan kemudiannya menyumbat dua lagi gol pada separuh masa kedua menerusi Asilbek Aliev dan Abubakir Shukurullaev. Kemenangan 4-1 itu sudah cukup untuk membawa Uzbekistan menerajui Kumpulan A.

Ad

Kualiti yang dipamerkan Mexes dijangka ditagih Jadet Meelarp menjelang aksi kedua kumpulan menentang Arab Saudi pada 6 April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments