Ads
UltraSukan
Faris/Makanbola

Penyerang cilik Sabah, Nina Hasmaji telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Puteri Bawah 15 Tahun anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Ahad.

Advertisements

Menerusi hantaran di Instagram rasmi milik FAM, Nina Hasmaji diumumkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 11 gol yang beliau telah hasilkan dari peringkat kumpulan.

Advertisements

Pemain berbakat besar itu telah berjaya membantu Sabah untuk mengakhiri kejohanan di tempat ketiga setelah tewas kepada Kelana United menerusi penentuan sepakan penalti di separuh akhir.

Advertisements

Advertisements

Selain Nina, FAM juga mengumumkan Nur Shadrina Ahmad Johari dari pasukan Kelana United sebagai pemain terbaik kejohanan dan penjaga gol SSS Leopard, Putri Aina Husna sebagai penjaga gol terbaik.

Advertisements

Dalam aksi final yang berlangsung pada Ahad, Kelana United muncul sebagai juara apabila menewaskan seteru utama, SSS Leopard menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 7-6.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram