Bintang Myanmar, Kyaw Min Oo Mahu Ikut Jejak Rakannya Di Selangor

Kyaw min oo Bintang Myanmar, Kyaw Min Oo Mahu Ikut Jejak Rakannya Di Selangor
Thaw gyi
Alif Syazani @SyazaniAlif
2:54pm 15/02/2023

Pemain import terbaru PDRM FC, Kyaw Min Oo tekad mahu mengikut jejak langkah rakan senegaranya, Hein Ttet Aung yang beraksi di Selangor.

Beliau merupakan pemain ketiga daripada Myanmar yang berkelana di Liga Malaysia selepas Hein Ttet Aung dan seorang lagi baru sahaja sertai penang FC, Zaw Min Tun.

‘Saya mahu ikut jejak langkah Hein Ttet Aung.

Pemain berusia 26 tahun ini menyatakan bahawa dua rakannya itu banyak menceritakan perkara baik tentang suasana bola sepak di Malaysia dan disebabkan itu beliau membuat keputusan untuk mencuba pengalaman baharu bersama skuad Sang Saka Biru.

“Dua pemain Myanmar yang telah bermain di sini memujuk saya untuk berkelana ke sini. Beraksi dalam saingan Liga Super buat pertama kali dan mahu cuba melakukan yang terbaik buat PDRM,” katanya dipetik daripada Stadium Astro.

PDRM FC akan beraksi dalam saingan Liga Super musim 2023 ini. Pastinya memberikan cabaran hebat buat pemain import ini untuk terus mencipta nama.