Bintang Norway Terima Seekor Ikan, Ganjaran Pemain Terbaik Bulanan Kelab
MakanBola
Sports Bible
Sponsors

Pemain pinjaman pasukan Real Sociedad, Alexander Sorloth telah dihadiahkan seekor ikan setelah menerima anugerah Pemain Terbaik Bulanan kelab untuk Januari.

Bintang berusia 27 tahun itu kini dipinjamkan ke Sociedad dari kelab Bundesliga RB Leipzig telah menjaringkan tiga gol dalam tujuh perlawanan bulan lalu.

Ad

Ini sekaligus membantu pasukan kendalian Imanol Alguacil itu melonjak ke tangga ketiga La Liga.

Ad

Bagi meraikan prestasi mengagumkan Sorloth untuk Real Sociedad dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kelab itu menganjurkan lawatan ke BM Supermercados de Pagola – sebuah pasar raya di kejiranan Aiete di San Sebastian.

Sorloth menerima anugerah pemain terbaik bulanan daripada seorang kakitangan di sana.

Ad

Sorloth juga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik La Liga untuk bulan Januari sebelum ini kelihatan lebih gembira untuk bergambar dengan ikan yang diterimanya.

Ad

Ini juha bukanlah kali pertama pemain Sociedad dianugerahkan hadiah sedemikian. Pada September 2019, rakan senegara dari Norway, Martin Odegaard telah diberikan seekor haiwan akuatik selepas permulaan kehidupan yang mengagumkan di bandar itu.

Ad