Bintang Piala AFF Harimau Malaya Tinggalkan Selangor
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Dengan tetingkap pasaran perpindahan kedua bakal menjelang tidak lama lagi, pasukan-pasukan Liga Super mula menentukan pemain mana yang patut dikekalkan. Dan semalam, Selangor bersetuju menamatkan kontrak pemain sayap Harimau Malaya, Nor Hakim Hassan secara persetujuan bersama.

Perkara ini diumumkan Red Giants menerusi satu kenyataan di laman media sosial rasmi mereka semalam. Malah, ia turut didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di akaun Twitternya.

“Selepas perbincangan mendalam, Hakim Hassan telah memutuskan untuk meneruskan kerjayanya dengan kelab baharu.

Advertisements

“Justeru, Selangor FC ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas khidmatnya selama empat musim yang lalu dan kami mendoakan yang terbaik dalam kariernya,” kata pihak pengurusan.

Langkah ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan buat para penyokong Selangor. Ini kerana Nor Hakim berdepan persaingan sengit di bahagian sayap Merah Kuning musim ini sehingga menyebabkan dia lebih kerap diturunkan sebagai pemain gantian.

Dengan menamatkan kontrak secara bersama, ini memberi peluang kepada Nor Hakim melanjutkan kariernya bersama pasukan baru. Manakala bagi Selangor, ini memberi peluang kepada pemain-pemain muda seperti Syahir Bashah peluang lebih kerap beraksi bersama pasukan senior.

Advertisements

Atas sebab itu, kemenangan Selangor ke atas Negeri Sembilan dalam suku akhir Piala FA 2023 semalam dianggap lebih bermakna kerana itu merupakan hadiah perpisahan buat pemain berusia 31 tahun itu. Nor Hakim yang sudah beraksi selama empat musim dengan Red Giants turut diturunkan oleh jurulatih, Tan Cheng Hoe sebagai pemain gantian pada minit ke-91.

Selepas tamat perlawanan, bekas pemain sayap Perak itu turut diberi peluang berucap di hadapan rakan-rakan sepasukan dalam bilik persalinan. Pengurusan Selangor kemudiannya menghadiahkan jersi Merah Kuning yang ditandatangani oleh semua pemain sebagai hadiah buatnya.

Di laman media sosial, ramai mengakui sedih dengan keputusan Nor Hakim meninggalkan pasukan. Tetapi pada masa sama, mereka mengucapkan selamat berjaya untuk perjalanan kariernya yang seterusnya.

Advertisements

Difahamkan, antara pasukan yang dicanang bakal mendapatkan khidmat Nor Hakim ialah Terengganu. Terengganu bukanlah asing baginya kerana dia pernah beraksi secara pinjaman dengan mereka pada 2014.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram