Bintang Piala Dunia Jepun Dalam Pantauan Manchester City
Asia
Getty Images
Advertisements

Manchester City kini memantau rapat perkembangan pemain sayap Jepun, Kaoru Mitoma setelah membawa masuk pemain pertahanan baharu tempoh hari.

Kaoru Mitoma yang merupakan pemain utama Brighton pada musim lalu mengharungi musim yang cemerlang apabila merekodkan 10 gol dan 8 bantuan jaringan dalam 41 penampilan bersama Brighton.

Nilai pasaran pemain berusia 26 tahun itu dianggarkan sebanyak €32 juta ketika ini. Kehilangan Riyad Mahrez menyaksikan Manchester City bakal mencari pengganti di posisi sayap pasukan bagi meningkatkan kualiti serangan pasukan.

Advertisements

Kaoru Mitoma juga merupakan pemain utama Jepun ketika ini dan telah menyumbang 7 gol serta 5 bantuan jaringan dalam 17 penampilan bersama Jepun.

Kemahiran menggelecek serta kepantasan Mitoma di bahagian sayap menyaksikan beliau sentiasa menjadi mimpi ngeri pertahanan lawan pada musim lalu.

Sebelum ini, Pep Guardiola turut memuji kelincahan Mitoma selaku pemain sayap.

Advertisements

“Mitoma adalah pemain yang hebat. Dia berada di tempat yang betul di Brighton bersama pengurus yang betul. Musim lalu Mitoma amat mengagumkan.” ujar Guardiola lagi.

Manchester City kini memfokuskan jentera serangan mereka setelah berjaya membawa masuk seorang pemain tengah dan pemain pertahanan bagi musim ini iaitu Mateo Kovacic dan Josko Gvardiol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram