Bintang Piala Dunia Jepun Meledak Lagi Di EPL
MakanBola
Brighton
Sponsors

Bintang Piala Dunia Jepun, Kaoro Mitoma terus membuktikan kredibiliti beliau sebagai salah satu bintang dalam pembikinan di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain muda berusia 25 tahun itu kini beraksi bersama Brighton & Hove Albion mempamerkan aksi yang cukup mengujakan sejak kebelakangan ini.

Ad

Ketika pertemuan menentang pendahulu liga, Arsenal, Mitoma sekali lagi mendapat kepercayaan oleh barisan kejurulatihan kelab untuk mengisi kesebelasan utama pasukan.

Ad

Beliau yang beraksi pada posisi sayap kiri jelas tidak menghampakan apabila berjaya meledak satu gol menentang The Gunners.

Peluang yang terhidang dalam kotak penalti tidak disia-siakan oleh beliau apabila mudah menolak masuk ke bahagian kanan gawang melepasi kawalan Aaron Ramsdale.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Brighton & Hove Albion FC (@officialbhafc)

Ad

Mitoma setakat ini sudah pun menjaringkan dua gol dan mencatat satu bantuan gol selepas 11 penampilan di EPL.

Ad