Bintang Selangor, Htet Aung Selangkah Ke Negeri Sembilan
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap Myanmar yang beraksi untuk Selangor FC, Hein Htet Aung bakal berpindah secara pinjaman untuk baki perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan bekas pemain sayap Hantharwady United itu diintai dua pasukan Liga Super iaitu Negeri Sembilan FC dan Penang FC.

Daripada dua pasukan ini, skuad Rusa dijangka semakin hampir mendapatkan pemain yang meraih 10 penampilan bersama skuad kebangsaan Myanmar.

Advertisements

Malah, skuad Hoben Jang Hoben juga telah menyatakan akan membuat satu pengumuman hari ini – satu petunjuk perpindahan Htet Aung bakal dimuktamadkan.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan FC perlu bertindak pantas kerana tarikh akhir tetingkap perpindahan kedua Liga M ialah hari ini.

Perpindahan ini bakal memberi nafas baru kepada beliau selepas menyaksikan minit permainannya yang terhad sejak kebelakangan ini ekoran persaingan sengit di bahagian serangan The Red Giants.

Advertisements

Ironinya, kali terakhir Htet Aung diturunkan dalam kesebelasan utama ialah perlawanan Piala FA menentang Negeri Sembilan FC pada 27 Mei yang lalu.

Pemain sayap Myanmar itu sudah beraksi bersama Merah Kuning sejak 2021 dan telah merekodkan 55 penampilan dalam semua kejohanan.

Mengikut statistik Transfermarkt, Htet Aung menjaringkan empat gol dan mencipta 13 bantuan sepanjang bersama Selangor FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram