Bintang Utama Thailand ‘Tapau’ Liga Jepun
Asia
Hokkaido Consadole Sapporo
Advertisements

Selepas Chanathip Songkrasin, giliran pemain tengah Thailand, Supachok Sarachat pula yang menunjukkan impak positif dalam J1 League bersama Hokkaido Consadole Sapporo.

Terbaru, Supachok menyumbat dua gol bagi membantu Sapporo menewaskan Gamba Osaka 4-0 dalam aksi terbaru J1 League semalam.

Kemenangan itu membolehkan Consa menduduki tangga ke-12 liga dengan 32 mata daripada 26 perlawanan. Namun begitu, impak Supachok yang menarik perhatian ramai sejak beberapa bulan lepas.

Advertisements

Sejak diberi peluang beraksi lebih kerap dalam kesebelasan utama oleh jurulatih Mihailo Petrovic, bekas pemain tengah Buriram United itu membuktikan nilainya kepada Sapporo.

Musim ini menyaksikan Supachok merekodkan 23 penampilan dalam semua kejohanan. Dalam tempoh ini, beliau menjaringkan lapan gol dan dua bantuan gol.

Impak yang dibawa Supachok ini mengingatkan penyokong Consa kepada impak Chanathip semasa bersama pasukan itu dari 2017 hingga 2022.

Advertisements

Tempoh tersebut menyaksikan kapten Gajah Perang itu membuat 123 penampilan, 15 gol dan 22 bantuan gol sebelum menyertai Frontale.

Justeru, mereka berharap Supachok dapat terus memberi impak positif kepada Sapporo. Kebangkitan Supachok juga merupakan berita baik kepada jurulatih Thailand, Mano Polking.

Ini kerana kebangkitan yang dipamerkan bekas bintang Buriram itu dapat membantu Thailand untuk melakar kempen cemerlang dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram