Bintang Villarreal Berpotensi Cabar Serangan Harimau Malaya
MakanBola
Villarreal CF
Sponsors

Orang besi Villarreal, Logan Costa berpotensi memberi cabaran kepada barisan serangan Harimau Malaya.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Cape Verde pada 29 Mei dan 3 Jun ini.

Ad
Sponsors

Aksi pada 29 Mei di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras merupakan aksi persahabatan antarabangsa berstatus Tier 1. Aksi kedua pula merupakan aksi tertutup bagi kedua-dua pasukan.

Ad

Nama Costa dijangka menjadi tumpuan kerana bek tengah itu merupakan tonggak utama kelab La Liga itu.

Musim 2024/25 menyaksikan beliau merekodkan 30 penampilan dan dua gol bersama pasukan yang diberi jolokan The Yellow Submarine itu.

Ad

Prestasi mantap yang dipamerkan Costa membantu Villarreal menduduki tempat kelima liga ketika ini. Pasukan itu berpotensi meraih tempat keempat dan memberi cabaran kepada Athletic Bilbao.

Ad

Selain Costa, barisan serangan Harimau Malaya juga bakal berdepan cabaran bek kanan Estoril, Wagner Pina dan orang besi PSM Makassar, Yuran Fernandes.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments