Bisa Ali Olwan Memuncak Bersama Jordan
MakanBola
Jordan FA/Selangor FC
Sponsors

Nama penyerang Selangor FC, Ali Olwan menjadi sebutan penyokong Jordan baru-baru ini.

Ini selepas Ali meledakkan dua gol dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman di Stadium Antarabangsa Amman baru-baru ini.

Ad

Dua gol ini membolehkan Jordan merekodkan kemenangan 4-0 ke atas Oman. Selain Ali, penyerang Al-Arabi, Yazan Al-Naimat turut meledakkan dua gol dalam perlawanan sama.

Ad

Ini gol keenam bekas penyerang Al-Shamal SC itu di peringkat antarabangsa bersama Jordan untuk tahun 2024. Empat lagi golnya direkodkan dalam aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026.

Empat gol Ali direkodkan apabila Jordan meraih kemenangan sebanyak dua kali ke atas Pakistan, Tajikistan dan Arab Saudi.

Ad

Sebelum menyertai Selangor, penyerang berusia 24 tahun itu turut meledakkan empat gol dalam lapan penampilan bersama kelab pinjaman, Al-Khor SC dari Februari hingga Mei 2024.

Ad

Dan selepas menyertai Merah Kuning, Ali sudah membuka akaun golnya dengan membantu mereka menewaskan Kuching City FC 4-0 pada 13 September lalu. Selain beliau, Ronnie Fernandez, Umarbek Eshmurodov dan Alvin Fortes turut mencipta nama sebagai penjaring.

Ad

Ketajamannya sebagai penyudah bakal ditagih Nidzam Jamil bukan saja untuk aksi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) menentang Jeonbuk Hyundai Motors pada 23 Oktober ini.

Malah, keserasian Ali bersama Fortes dan Fernandez di bahagian serangan bakal ditagih Nidzam untuk aksi Liga Super menentang PDRM FC pada 19 Oktober ini.